Thursday, May 19, 2011

7.

Assalammualaikum ,

rindu usrah . Hati rasa .. :(

Maaf , mencari identiti diri . Tujuan hidup . tak ingin dicop talam dua muka.hipokrit. memainkan agama. Astaghafirullah .

bantu aku wahai saudara-saudara Islam.

siapa yang tidak mengimpikan menjadi wanita solehah ?

Terasa jauhh , namun cuba mendekati . InsyaAllah .


kenapa hati rasa sentiasa sedih ? :'(

Saturday, May 14, 2011

Mencari cinta diredhai-Nya

Assalammualaikum ,

Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama..
Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita..


Ya ikhwan, daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika kau hilangkan agama pada dirimu, maka hilanglah cintaku padamu..
Ya RABBI, kurniakan daku seseorang yang ku perlu, bukan yang ku mahu..
Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU,
Agar bertambah kekuatan cintaku kepadaMU..


Jagalah cintaku ini agar tidak melebihi daripada cintaMU..
Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,
Agar ku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu sahaja..


Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMU,Ya ILAHI..
Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU..
Jagalah keni'matan mencintai kekasihMU,
Agar tidak melebihi keni'matan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..
Assalammualaikum ,

Jagalah rinduku padanya agar ku merindukan syurgaMU..
Ku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya,
Hubungan ini kan terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan YANG MAHA KUASA..


Ya ALLAH, Ya Rahman..Ya Rohiim..
Andainya dia adalah jodohku yang ditetapkan olehMU kepadaku,
Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah cinta keranaMU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah cinta keranaMU jua..
Berikanlah kami kekuatan, kesabaran & keimanan yang teguh agar pasrah dalam menghadapi ujianMU..
ALLAHUMMA AMIIN......

Wasiat Rasulullah ,
kahwini lelaki atau wanita kerana faktor agamanya. Dijanjikan bahagia .

InsyaAllah :)



sigh*

Friday, May 13, 2011

6.

Assalammualaikum ,

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud,

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai(mengamalkan) agama,ia menyenangkan kamu"

(Riwayat Muslim)


Tuesday, May 10, 2011

a book

assalammualaikum ,

Thanks for a book. Ini buku agama yang aku terima from orang lain besides my parents and family . Bacalah. Cinta selepas berkahwin. sungguh indah. namun diri ini mesti diperbaiki menjadi lebih baik dari semalam jika inginkan orang yang baik yang boleh membimbing kita ke jalanNYA .I attract with one of the poem in that book ,

Sajak Aminah Qutbi Buat Bakal Suami

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya ,
kita cinta kepada Allah,
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya,
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita kan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah ,
andainya dia adalah jodoh
yang telah ditetapkan oleh-MU kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah keranaMu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah keranaMu
Namun ,
andainya dia bukanlah jodoh yang telah ditetapakn olehMu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Kau berikan kepadaku


sesungguhnya, cinta Allah itu yang teragung dan tiada tandingan . Masih mencari2 cinta Allah . sesusah mana , sebanyak mana halangan akan aku cari cinta Nya yang tiada penghujung . Beri hambaMu kekuatan ,keikhlasan hati .

kalau dicompare life aku dengan penulis sangat jauhhhhhhhh . MasyaAllah . apatah lagi kalau aku compare dengan isteri yang paling disayangi Rasulullah s.a.w. , Aisyah R.A . sungguh suci cinta mereka . Cinta hanya disandar kepada Pencipta dan hatinya hanya untuk lelaki begelar suami . sigh*


will be continue reading this book . and sharing with you my blog's readers . btw, thanks for book orang jauhhh . and now i understand :)


and also , i got one more book ( actually , aku beli) from my kakak2 naqibah . It tells us more about how muslimah should wear outside the house . insyaAllah . ada masa saya kongsi2 ok ?


sama2 kita mengejar cinta Illahi :)


doakan aku for my exam next week.